UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :monograph
Subject :L Education (General)
Main Author :Mamat Nordin,
Title :Pola interaksi dan perkembangan sosioemosi di kalangan kanak-kanak prasekolah (etnik Cina dan Tamil) Hulu Selangor (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2006
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti peranan interaksi sosial kanak-kanak dengan persekitaran mereka. Justeru, peranan interaksi kanak-kanak dengan rakan sebaya diberikan penekanan. Di samping itu, pihak sekolah turut dikaji sebagai pihak yang terlibat secara formal dalam membantu perkembangan emosi kanak-kanak. Kajian ini melihat kepada peranan yang dimainkan oleh guru dan hubungan dengan kanak-kanak. Antara pemboleh ubah-pemboleh ubah bebas yang digunakan ialah jantina, rakan sekelas dan persekitaran tadika. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang kanak-kanak dari 2 Tadika diambil. Alat kajian terdiri daripada soal selidik berstruktur yang dibuat secara pemerhatian dan temu bual. Analisis data dibuat dengan menggunakan statistik diskriptif, iaitu peratus. Hasil kajian menunjukkan Hasil daripada kajian ini adalah memberitahu gambaran yang khusus mengenai tingkahlaku emosi kanak-kanak prasekolah antara rakan sebaya dan jantina di dalam kelas . Pola tingkahlaku emosi kanak-kanak prasekolah yang berinteraksi dengan rakan sesama jantina dan tidak menunjukkan perbezaan pembinaan tingkahlaku emosi kanak-Kanak. Didapati bahawa tingkahlaku emosi kanak-kanak lelaki atau perempuan dipengaruhi oleh dominasi individu yang menjadi idola atau turutan mereka. Manakala jumlah rakan juga mempengaruhi tingkahlaku emosi mereka, mereka yang mempunyai ramai rakan lebih aktif dan senang bekerjasama. Ini menunjukkan sosioemosi mereka dipengaruhi oleh pola interaksi yang sama. Bagi kajian berkaitan peraturan di dalam kelas pula, hasil kajian mendapati hahawa peraturan yang ketat dapat mendisiplinkan kanak-kanak prasekolah-kanak-kanak prasekolah di dalam kelas. Bagi aspek organisasi pula, kajian mendapati bahawa kanak-kanak prasekolah yang terlibat dalam organisasi kelas memiliki sikap tanggungjawab dan semangat kepimpinan yang tinggi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)